Islamic Informative Media (IIM) atau Media Maklumat Islamik adalah sebuah produk terkini keluaran Perfect Time Solution. Ia direka khas sebagai kesinambungan kepada usaha “berpesan-pesan kepada kebaikan” dalam arus modenisasi dan globalisasi ini. Maklumat dihujung jari diaplikasikan dengan menjadikan produk IIM ini sebagai produk yang penting dan berkeutamaan tinggi untuk kegunaan masjid, surau atau mana-mana institusi .
Sistem ini adalah integrasi enam program iaitu;
1. Maklumat semasa (slide)
2. Sistem waktu solat
3. Waktu dunia (world clock)
4. Pemberitahuan /Peristiwa countdown)
5. Sistem maklumat kuliah (kuliah tetap / kuliah bertarikh)
6. Sistem hebahan maklumat (slide poster /video)
Kesemua ciri ini digabungkan di dalam sebuah sistem yang ringkas, mudah dikendalikan dan menggunakan televisyen sebagai medium paparan.
Sistem ini juga memudahkan pengguna untuk menyampaikan maklumat semasa dan setempat. Penyampaian maklumat melalui kaedah ini dijangkakan akan memberikan lebih kesan dan mesra pengguna berbanding dengan kaedah yang sebelum ini digunakan.
Selain daripada itu, terdapat ciri-ciri tambahan bagi keluaran versi 6.0 iaitu :
i) Sistem boleh diakses melalui internet (dari rumah/pejabat atau di masa saja) atau tanpa internet.
ii) Password khusus bagi setiap pengguna.
iii) Menggunakan board Raspbery Pi5 4GB yang berkualiti tinggi.
PAPARAN TARIKH, MASA & WAKTU SOLAT
Sistem memaparkan waktu semasa, tarikh Masihi, tarikh Hijrah dan waktu solat yang menggunakan data solat dari Jabatan Mufti Negeri.
Apabila masuk waktu solat, skrin memaparkan isyarat azan (bunyi “BIP”/ azan), kemudian diikuti dengan “countdown”, waktu iqomah dan seterusnya isyarat “solat”.
WAKTU SEMASA MENGIKUT INTERNET
Waktu semasa yang dipaparkan adalah bertepatan dengan waktu internet (SIRIM MST).
PAPARAN WAKTU DUNIA
Paparan waktu dunia bagi beberapa ibukota terpilih termasuk waktu semasa di Tanah Suci Mekah.
Dengan tambahan khat Ayatul Kursi.
PAPARAN KULIAH TETAP
Sistem ini tersedia dengan pelbagai pilihan design “templete” untuk KULIAH TETAP bagi memudahkan pengguna mengisi maklumat untuk paparan semudah mengisi borang di atas talian yang lebih menjimatkan masa.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh memuatnaik slide/poster kuliah yang direka sendiri dengan format JPEG/JPG.
PAPARAN KULIAH BERTARIKH
Sistem ini juga tersedia dengan pelbagai pilihan design “templete” untuk KULIAH BERTARIKH bagi memudahkan pengguna mengisi maklumat untuk paparan semudah mengisi borang di atas talian yang lebih menjimatkan masa.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh memuatnaik slide/poster kuliah yang direka sendiri dengan format JPEG/JPG.
PAPARAN PEMBERITAHUAN / TARIKH PENTING
Sistem memaparkan peringatan tarikh/peristiwa penting dalam kiraan hari / “countdown”.
PAPARAN SLIDE/POSTER UMUM BERGAMBAR
Sistem memaparkan slide/poster umum bergambar yang boleh ditambah/ditukar dari masa ke semasa mengikut keperluan menggunakan format JPEG/JPG. Pelbagai slide boleh dipaparkan.
PAPARAN VIDEO PENDEK
Selain dari paparan dalam bentuk slide/poster, pengguna juga boleh memuatnaik video pendek untuk paparan para jemaah.
PAPARAN NAMA PEGAWAI BERTUGAS
Nama dan gambar pegawai bertugas boleh dipaparkan semasa “COUNTDOWN AZAN”.
PAPARAN SLIDE KHUSUS MENGGANTIKAN PAPARAN PEGAWAI BERTUGAS
Jika pengguna tidak mahu memaparkan nama dan gambar pegawai bertugas semasa countdown azan, boleh juga digantikan dengan paparan slide khusus.
PAPARAN SOLAT KETIKA WAKTU SOLAT 5 WAKTU
Pada masa waktu solat 5 waktu sedang berlangsung, skrin hanya memaparkan isyarat/gambar SOLAT. Pada masa ini skrin adalah statik mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pengguna supaya tidak mengganggu khusyuk solat para jemaah.
PAPARAN KHUTBAH JUMAAT
Ketika waktu solat Jumaat pula, paparan “KHUTBAH JUMAAT” yang statik akan dipaparkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pengguna.
FUNGSI “SLEEP MODE” BAGI WAKTU TERTENTU YANG DIPERLUKAN
Paparan sistem juga boleh ditukar kepada imej statik ketika ada keadaan tertentu seperti masa menunaikan solat jenazah, solat sunat hari raya atau ketika penceramah sedang memberi ceramah.