Islamic Informative Media (IIM) atau Media Maklumat Islamik adalah sebuah produk terkini keluaran Perfect Time Solution. Ia direka khas sebagai kesinambungan kepada usaha “berpesan-pesan kepada kebaikan” dalam arus modenisasi dan globalisasi ini. Maklumat dihujung jari diaplikasikan dengan menjadikan produk IIM ini sebagai produk yang penting dan berkeutamaan tinggi untuk kegunaan masjid, surau atau mana-mana institusi .
Sistem ini adalah integrasi enam program iaitu;
1. Maklumat semasa (slide)
2. Sistem waktu solat
3. Waktu dunia (world clock)
4. Event countdown
5. Sistem maklumat kuliah
6. Sistem hebahan maklumat (statik/video) yang digabungkan dalam sebuah sistem yang ringkas, menggunakan televisyen sebagai medium paparan.
Sistem ini juga memudahkan pengguna untuk menyampaikan maklumat semasa dan setempat. Penyampaian maklumat melalui kaedah ini dijangkakan akan memberikan lebih kesan dan mesra pengguna berbanding dengan kaedah yang sebelum ini digunakan.
Apabila masuk waktu solat, skrin memaparkan isyarat Azan (bunyi ‘BIP’ / Azan), kemudian diikuti dengan ‘countdown’ waktu iqamah dan seterusnya isyarat Solat. Pada masa waktu solat berlangsung skrin hanya memaparkan isyarat/gambar SOLAT. Pada masa ini, skrin adalah statik mengikut tempoh masa yang telah di tetapkan oleh pengguna.
Memaparkan waktu beberapa bandar utama lain serata dunia yang merujuk kepada waktu di Makkah. Juga dipaparkan jarum jam bergerak mengikut pusingan tawaf.
Memaparkan aktiviti/ maklumat berkaitan dengan masjid, informasi berkaitan dengan masyarakat setempat juga hebahan umum.
Memaparkan jadual kuliah harian/bulanan masjid/surau untuk hebahan kepada masyarakat setempat. Pengguna hanya memasukkan data di dalam sistem yang telah disediakan.
Memaparkan kiraan hari untuk sesuatu peristiwa-peristiwa penting. Sistem akan auto-hide peristiwa yang telah lepas.